Monday, December 27, 2010

Apakah erti kebahagiaan sebenar? .

Kebahagiaan sebenar bukan lah pada harta & kekayaan, bukan juaga pada pangkat, keduduka, isteri yg cantik, suami yg hansem.



Kebahagiaan yg di cari manusia melaui fizikel atau mteriel dan juga peghargaan atau emosionel laksana pokok2 yg tumbuh sesaat, berbuah sesaat, namun kemudian pkok itu lama-kelamaan akan mati, akarnya batangnya akan reput dan apabila sedikikit saja angin bertiup pohon itu akan tumbang tak dapat tegak wlau sedikit.

itulah gambaran kehidupan manusia yg apabila mengabdikan kehidupan nya, aktipiti harian nya, keluarganya, kerir nya semata-mata hanya untuk mengejar kehidupan matiriel & emosionel sahaja maka ia tidak akan mendapatkan apa yg paling bermakna dalam jiwanya,

Mungkin sebelum ini kita mengatakan bahagia adalah, apabila kita mendapatkan pekerjaan dan menerima gaji, dan kita merasakan bahagia dgn pekerjaan kita yg pertama meskipun gaji tak besar, tpi tak lama kemudian kita merasa tak cukup, akhirnya kita terus mengejar jawatan yang lebih tinggi gaji yang lebih besar namun kemudian tetap tak memberikan kebahagiaan,

Mula-mula kita merasakan kebahagiaan apabila kia membina rumah tangga dan memiliki anak-anak kita merasa bahagia, namun dalam perjalanan badai datang hujan lebat angin yg bertiup kencang ribut yg datang mengakibatkan kita tidak lagi mampu menahan semua badai dan hujan yang lebat itu dan lama kelamaan pokok itu semakin reput dan pombang,

Bahkan hari ini kita dapat melihat, orang yg telah berjaya, org yg telah memiliki pekerjaan sebagai CEO dan hidup di sebuah banglo atau kondominium tak mampu menghadapi ujian ketika ia di terpa badai kehidupan, ketika ia menghadapi anak yang sakit anak yang tak berdaya, akhirnya kita mendengar sebuah kes orang yang bunuh diri, meskipun sesungguhnya kita melihat orang yang memiliki intelektual yang tinggi, bahkan kehidupan metiriel yang mencukupi,

Dan kemudian kita melihat betapa banyak kes, orang-orang yang mencari kebahagian sesaat secara fizikel dan emosional namun akibatnya, kita menyaksikan bagai mana bayi-bayi yang kemudian di bunuh dan dibuang, hanya kerana keinginan mencapai kebahagiaan sesaat, inilah gambaran kehidupan pokok-pokok yang buruk yang rosak dan tumbang, itulah ketika pokok yang tidak memiliki akar, yang akarnya tidak di siram atau di baja, sesaat berbuah namun kemudian hancur.



Pokok yang baik adalah ketika seseorang memahami apa makna dan hakikat kehidupan yang sebenarnya, ketika seorang memahami apakah makna dan hakikat kehidupan yang sebenarnya, ketika seorang memahami baha hidup sesungguhnya adalah untuk mengabdikan diri kepada allah,

pekerjaannya adalah pengabdian nya kepada allah, keluarga yang dibinanya adalah untuk mengabdikan hidup pada allah, sebagai seorang isteri atau suami ia menjadikan semua yang dilakukan nya hanya untuk allah, dan mencari redo allah, ketika ia membesarkan anak-anak meskipun ujian yang datang dari anak-anak seolah-olah begitu berat namun ia menyedari itulah bahagian dari kehidupan sebagai seorang hamba allah,

dan itulah pokok yang baik pokok tauhid ketika manusia memahami hakikat kehidupannya adalah semuanya demi mengabdi kepada allah, maka takada apapun kecuali baginya bergantung hanya kepada allah, ujian yang datang, badai yang menerjang, meskipun angin itu bertiup dengan kencang namun ia menyedari dan ia berpasrah hanya kepada allah, dan ia pun mampu mengankat kedua belah tangan nya untuk berserah diri dan mengatakan ya allah aku takakan mampu hadapi ini semua tetapi engkau yang akan membantu ku ya allah kerana hidupku untuk mu, inilah gambaran pokok yang telah memiliki akar yang kukuh yang menghujam ke dasar bumi.



Oleh itu. Marilah kita tanya dirikita sendiri, kebahagiaan apakah yang sebenarnya yang kit ingin kan?,



.

perkembangan terbaru ma'ahad tahfiz darulhafidzin rantau







kami masih memerlukan dana untuk meneruskan bangunan madrasah ini. 
sumabangan dato' datin/ tuan/puan. sangat lah kami perlukan untuk melancarkan dan mempercepatkan pembangunan madrasah ini..

Friday, December 17, 2010

saudara seagamaku,,,,,

kehidupan memerlukan bekal!,,,,,,
kita hidup di dunia memerlukan bekal,
lebih-lebih lagi hidup di akhirat,
kita perlu bekal yang banyak, kerana
kehidupan di sana sungguh lama dan kekal abadi,,,
Oleh itu gunakan lah harta kita untuk bekalan disana,
dengan cara menanam saham dunia
yang mana kita akan amil faedah dan keuntungannya di sana kelak,
itulah janji allah dan rasulnya,,,,
gunakan lah harta kita untuk kebahagiaan dunia dan akhirat,,,
semoga kita sama-sama bahagia disisi keluarga kita disana
didalam kesenangan, yang mana ianya kekal abadi,,,
itulah janji allah .S.W.T dan rasulnya .S.A.W.
yang sememangnya pasti.



(abu hafidz)

Wednesday, December 15, 2010

MEMOHON SUMBANGAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN

Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan rendah hati memohon kesudian Dato/Datinffuan/Puan dan kaum muslimin & muslimat untuk menyumbang dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hafidzin (MTDH). Projek Pembangunan MTDH merangkumi pembinaan bangunan dua tingkat yang mempunyai pelbagai kemudahan, asrama dan kelas pengajian yang lengkap dengan segala peralatan diperlukan" la akan didirikan di atas tanah wakaf seluas satu (1) ekar. Kos pembinaan fasa 1 dianggarkan sebanyak RM 582,500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lima Ratus ).

Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun:-

Bank: Bank lslam Malaysia Berhad
No. Akaun: 1209 2010 0320 10
Nama: PUSAT TAHFIZ AL-QURAN DARUL HAFIDZIN

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada serafus biji. Allah melipatEandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui"

(Surah Al Baqarah ayat 261)

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ustaz Ashaari Al-Hafiz  ( 019- 695 2099 / 017- 254 1077 )
Tuan Haji Mohd Salleh ( 012- 267 3436 )

MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN MENCARI KEJAYAAN ABADI

MUKADDIMAH



MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN (MTDH) merupakan sebuah institusi pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta. Rancangan penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.   lnstitusi ini akan
didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah diwakafkan kepada pihak MTDH.

Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri.  Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di sekitarnya.

Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahir para penghafal Al-Quran yang di anggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW.  Ini bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri.



SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-


1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal

Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu' (khatam pertarna kali).  Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun. Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk
dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.
(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)

Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam halazan 30 juzu' Al-Quran, mereka akan meneruskan halazan di dalam program syahadah. Melalui program ini pelajar dikehendaki mengulangi hatazan dengan membaca sebanyak 10 juzu' Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran secara halazan selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.



2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i)           Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak islamiah.

(ii)      Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan menengah.  Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan pelajaran agama lslam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan. Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa Arab.



3. Pendidikan Akademik

(i)       Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi professionalisme para pelajar. lni amat bersesuaian dengan zaman dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. lni sebagai satu pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). la memberi galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah
menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii)      Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan menengah.





Friday, December 10, 2010

matlamat dan komitmen pengasas maahad tahfiz darul hafidzin

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Segenap pujian dipanjatkan ke hadrat yang Esa dan syukur di atas nikmat
iman dan lslam yang dikecapi. Semoga nikmat ini berkekalan sehingga nafas
yang terakhir. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang telah berkorban
segalanya demi kalimah Allah. Semoga Allah menempatkan mereka di
tempat yang mulia. Semoga Allah juga redha terhadap kehidupan kita.
Seterusnya membolehkan kita mencapai kejayaan di akhirat kelak.

Dunia masa kini seakan tenggelam dan hanyut di dalam arus kemodenan
yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian. Di sebalik
kemodenan, masih ramai anggota masyarakat yang ketinggalan dalam ilmu
akhirat. Lebih-lebih lagi ilmu dari Al-Quran yang disahkan sebagai panduan
sepanjang zaman. Tidak terkecuali golongan yang kurang mahir membaca Al-Quran. Keadaan ini sangat lah dikesali.

Atas dasar itu,
tercetuslah satu usaha bagi menubuhkan sebuah pusat
pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran.
Pusat ini jugamenyediakan pelbagai ilmu yang lain seiring dengan kehendak lslam dandunia masa kini.

Maahad Tahtiz Darul Hafidzin telah memulakan operasinya pada Mac 20'10
dengan kelas pengajian Al-Quran kepada orang awam dan kelas khusus
kepada pelajar-pelajar perempuan berasrama.
Terdapat juga kelas untuk mereka yang belum mampu membaca Al-Quran.
Kelas seperti ini memperkenalkan kaedah yang bersesuaian untuk belajar membaca.
Sementara itu,
pelajar-pelajar yang sudah boleh membaca dengan baik diserapkan ke kelas tahfiz.
Maahad ini menyediakan satu sistem hafazan Al-Quran yang
berkesan untuk diaplikasikan kepada bakal pelajar. Sistem ini telah
pakai oleh para huffaz sejak sekian lama. Terbukti diguna.

Tuntasnya, saya sebagai pengasas Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan
setulus hati berharap agar maahad ini mampu membangun seperti yang dicita-citakan.
Semoga ia dapat mendidik dan melahirkan generasi Al-Quran
yang berkebolehan dan berketerampilan dalam semua aspek kehidupan.
Justeru, saya mengharapkan doa dan sokongan orang ramai bagi
memastikan niat murni menegakkan kalam Allah ini berjaya.

Sekian,
Wassalamualaikum....
Mengharap keredaan Allah,
USTAZ ASHAARI HJ MOHD SALLEH AL HAFIZ
Pengasas Maahad Tahfiz Darul Hafidzin

Thursday, December 9, 2010

tazkirah,

saudara seagamaku

kehidupan memerlukan bekal...
kehidupan di dunia memerlukan bekalan,
lebih2 lagi kehidupan di akhitar, kita perlu bekal yang banyak,
kerana kehidupan disana sunggul lama dan kekal abadi,,,
Oleh itu gunakan lah harta kita sebagai bekal kita disana,
dgan cara kita menanam saham didunia,
yang mana kta akan ambil faedah dan kentungannya di sana kelak..
itulah janji allah dan rasulnya..
gunakanlah hartakita untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat..
semoga kita bersama-sama bahagia disisi
keluarga kita disana dalam kesenangan,
yang mana ianya kekal abadi..
itulah janji ALLAH S.W.T dan rasulnya S.A.W.
yang sememangnya pasti..


oleh:
(abu-hafidz)

Tuesday, December 7, 2010

MEMOHON SUMBANGAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN

Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan rendah hati memohon kesudian
Dato/Datinffuan/Puan dan kaum muslimin & muslimat untuk menyumbang
dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hafidzin (MTDH).
Projek Pembangunan MTDH merangkumi pembinaan bangunan dua tingkat yang mempunyai pelbagai kemudahan, asrama dan kelas pengajian yang lengkap
dengan segala peralatan diperlukan"
la akan didirikan di atas tanah wakaf seluas satu (1) ekar. Kos pembinaan fasa 1 dianggarkan sebanyak RM582,500.00
( Lima Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lima Ratus Ringgit ).
Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun:-
Bqnk: Bank lslam Malaysia Berhad
No. Akaun: 1209 2A10 0320 t0
Atas nama: PUSAT TAHFIZ AL-QURAN DARUL HAFIDZIN

MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN MENCARI KEJAYAAN ABADI

MUKADDIMAH
maahad tahfiz darul hafidzin (MTDH) merupakan sebuah institusi
pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta. Rancangan
penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung
Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. lnstitusi ini akan
didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah
diwakafkan kepada pihak MTDH.
Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al
Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta
berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras
pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi
menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak
ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan
keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah
pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada
kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri.
Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di
sekitarnya.
Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahir para penghafal Al-
Quran yang dianggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW. lni
bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta
penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi
juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir
apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang
dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri.
SUKATAN PELAJABAN
Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-

1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal
Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan
seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu' (khatam pertarna kali).
Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun.
Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk
dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca
Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat
dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar
lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.

(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)
Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam halazan 30 juzu' Al-Quran, mereka
akan meneruskan halazan di dalam program syahadah. Melalui program ini
pelajar dikehendaki mengulangi hatazan dengan membaca sebanyak 10 juzu'
Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar
tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran secara halazan
selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.

2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i) Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju
dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak
islamiah.

(ii) Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan
menengah. Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan
pelajaran agama lslam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama lslam
Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang
lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan.
Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata
pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa
Arab.

3. Pendidikan Akademik

(i) Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi
professionalisme para pelajar. lni amat bersesuaian dengan zaman
dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi
perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. lni sebagai satu
pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program
Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). la memberi
galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan
pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah
menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii) Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan
menengah.