Wednesday, December 15, 2010

MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN MENCARI KEJAYAAN ABADI

MUKADDIMAH



MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN (MTDH) merupakan sebuah institusi pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta. Rancangan penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.   lnstitusi ini akan
didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah diwakafkan kepada pihak MTDH.

Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri.  Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di sekitarnya.

Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahir para penghafal Al-Quran yang di anggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW.  Ini bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri.



SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-


1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal

Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu' (khatam pertarna kali).  Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun. Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk
dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.
(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)

Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam halazan 30 juzu' Al-Quran, mereka akan meneruskan halazan di dalam program syahadah. Melalui program ini pelajar dikehendaki mengulangi hatazan dengan membaca sebanyak 10 juzu' Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran secara halazan selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.



2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i)           Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak islamiah.

(ii)      Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan menengah.  Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan pelajaran agama lslam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan. Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa Arab.



3. Pendidikan Akademik

(i)       Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi professionalisme para pelajar. lni amat bersesuaian dengan zaman dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. lni sebagai satu pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). la memberi galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah
menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii)      Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan menengah.





No comments:

Post a Comment